KU TEMUI CAHAYA

RM20.00

“Wahai anakku, dimanakah bermula dan akhir makrifat mu denganNya?” 

Maka menjawab Salik :

“Demi Tuhan yang diri ku dalam genggamanNya, bermula aku dengan kejahilan dan berakhir aku dengan kejahilan. Kesudahan mengenal adalah tiada mengenal, tiadalah aku ketahui apa-apa tentangNya hanyalah sekadar setitik air dihujung jari di tengah lautan tidak bertepi.”

Tersenyumlah sang Guru dan berkata :

“Karamlah engkau dalam lautan kefanaan dan kesedaran. Didalam kefanaan engkau tiada, dalam kesedaran engkau adalah hambaNya.”

———–

Nukilan interaksi Salik (murid) dengan Sang Gurunya, menggunakan laras sastera yang penuh kiasan dan simbolik. Disebalik kalimah yang dizahirkan itu terdapat maksud-maksud tersirat. 

Sesungguhnya di bumi ini ramai orang yang ahli dalam bidang Ilmu Tauhid Makrifat (Ihsan). Jika ada perbezaan pun, ia mungkin disebabkan faktor penggunaan istilah, kaedah dan bentuk amalan sahaja, tetapi pada maqam hakikat dan makrifat tiadalah perbezaan yang ketara. 

Jika ada persoalan dan hal tidak jelas, mohon bertanya pada Ahlinya. 

Moga bermanfaat untuk semua, insya Allah.

Mengandungi 20 tajuk dan 60 mukasurat.

ISI KANDUNGAN 

  1. Dimanakah ALLAH dan MUHAMMAD?
  2. Pohon “KEAKUAN”
  3. Bahtera MAKRIFAT
  4. Cahaya Kegelapan dan Kepalsuan
  5. Rahsia di Sebalik Kegelapan
  6. Pancaran AIR MAKRIFAT
  7. Dunia Kegelapan
  8. Penjara Kebebasan
  9. Terbang ke Alam Lahut
  10. Tembus ke Alam Asal Diri
  11. Wujud Khayalan dan Ketakutan
  12. Lebur dalam Musyahadah
  13. Cahaya yang Satu
  14. AKU di Sebalik AKU
  15. Mula dan Akhir MAKRIFAT
  16. Tauhid MAKRIFAT dan Perjuangan
  17. Perangi Kegelapan dengan CINTA dan MAKRIFAT
  18. Musuh Terbesar Diri
  19. Berhala Kegelapan dan Kaabah Kebahagiaan 
  20. Kabilah Obor Cahaya

Nota:

E-BOOK ini dalam bentuk PDF dan boleh terus “download” / muat turun selepas bayaran dibuat melalui link yang dipaparkan, dan turut dihantar ke emel pembeli.

*Ini adalah Ebook Digital, BUKAN buku fizikal (bercetak) dan tiada penghantaran buku. Ia untuk bacaan pada HP atau komputer – dan boleh dicetak sendiri jika perlu. 

Categories: , ,